Wednesday, 21 May 2014

Siapakah???




copy and paaste dari seorang ukhty (rakan fb)...
Siapakah kamu???

 Siapakah Orang yang maju dalam hidupnya?
 ->Orang yang maju dalam hidupnya adalah 0rang-0rang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

 Siapakah 0rang-0rang yang mundur hidupnya?
 ->Orang yang mundur dalam hidupnya adalah 0rang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu. 

 Siapakah Orang yang pandai?
 ->Orang yang pandai adalah Orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

 Siapakah Orang yang kurang pandai?
 ->Orang yang kurang pandai adalah Orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

 Siapakah orang yang sibuk?
 ->Orang yang sibuk adalah Orang yang tidak mengambil berat akan waktu sOlatnya seOlah-0lah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

 Siapakah Orang yang lemah?
 ->Orang yang lemah adalah Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. 

 Siapakah Orang yang kuat?
 ->Orang yang kuat adalah Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

 Siapakah Orang yang kaya?
 ->Orang yang kaya adalah Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak alpa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

 Siapakah Orang yang miskin?
 ->Orang yang miskin adalah Orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

 Siapakah Orang yang bakhil?
 ->Orang yang bakhil lagi kedekut adalah Orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah Salallah'alaihi Wasallam...

 wallahu'alam... sama2 muhasabah diri...In shaa Allah...

No comments:

Post a Comment